4 Disember 2016 - 15:07
Naib Presiden Filipina Lepas Jawatan Setiausaha Perumahan

Leni Robredo telah membuat keputusan untuk melepaskan jawatan beliau sebagai Setiausaha Perumahan Filipina berikutan perbezaan prinsip dan pendapat di antara beliau dan pentadbiran Presiden Duterte.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Leni Robredo telah membuat keputusan untuk melepaskan jawatan beliau sebagai Setiausaha Perumahan Filipina berikutan perbezaan prinsip dan pendapat di antara beliau dan pentadbiran Presiden Duterte. Akan tetapi beliau menegaskan bahawa beliau yang masih memegang jawatan Naib Presiden negara itu akan terus menyokong inisiatif positif pentadbiran sekarang.

Naib Presiden Filipina, Leni Robredo membuat pengumuman pada hari Isnin bahawa beliau akan melepaskan jawatan Setiausaha Perumahan negara itu berikutan perbezaan prinsip dan pendapat di antaranya dan Presiden Duterte. Beliau juga mengatakan bahawa plot untuk mengeluarkannya daripada pejabat Naib Presiden adalah faktor lain yang menyumbang kepada keputusannya itu.

Beliau juga menegaskan bahawa beliau tidak akan membenarkan jawatan Naib Presiden Filipina 'dirampas' daripadanya.